RM 24
Sudut Pandangan Sains
Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea.
Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak
ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1,
B2, C, D, E, K, dan zat besi.
Kegunaan
Seperti pokok kelapa, setiap bahagian
pokok zaitun ada kegunaan kepada manusia. Sememangnya zaitun ialah satu lagi
anugerah alam ciptaan Allah yang amat bermanfaat kepada kesihatan kita. Ini
telah diakui dunia perubatan.
Minyak Zaitun
Minyak zaitun amat jernih dan
berkilau, lagi mahal harganya. Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan
dalaman manusia. Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman
kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak
zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat),
tekanan darah, dan risiko koronori jantung.
Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun
yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan
radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi
minyak zaitun dapat menawarkan racun dan
mengeluarkan cacing.
Minyak zaitun juga amat popular
digunakan dalam produk kecantikan. Ia boleh menguatkan akar dan melembutkan
kulit.
Kajian saintifik pula mendapati amalan memakan
minyak zaitun amat membantu mengurangkan risiko barah payudara kerana
ia kaya dengan Vitamin E.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda:
|
“
|
Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia
berasal daripada pohon yang penuh berkat.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
|
Minyak zaitun jernih dan berkilau
seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:
|
“
|
...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu)
zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat,
yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...
|
Antara fungsi dan
keberkesanannya adalah seperti berikut :-
·
Melegakan sklerosis.
·
Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
·
Mengurangkan radang sendi otot.
·
menguatkan sistem imun .
·
Mengelak kulit daripada kering semasa
proses Monopous .
·
Membantu mengawal atur kitaran haid.
·
Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi,
sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
·
Mengurangkan simptom putus haid – panas badan,
peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
·
Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri –
bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema
dan alergi kulit.
·
Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta
melegakan kulit kepala yang gatal.
·
Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.
Quantity :
Add to Cart
No comments:
Post a Comment